Salam sejahtera buat semua.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat mulai 22 Feb 2012 menerusi laman web MARA.
Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 1 Tahun 2012
Keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi tahun 2012 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 1.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan atau angka giliran UPSR.
Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 4 Tahun 2012
Keputusan kemasukan ke Tingkatan 4 bagi tahun 2012 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 4.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.
Maklumat Tambahan
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan ambilan kedua ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
beliamuda: Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dengan rayuan kemasukan ke MRSM untuk pengambilan kedua.