Quantcast
Channel: beliamuda {dot} com » UPSR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

UPSR Dikekalkan, PMR Dimansuhkan 2016

$
0
0

Salam sejahtera buat semua.

bilik darjah

Sejak timbul isu pemansuhan UPSR dan PMR pada bulan Jun yang lalu, reaksi pelbagai pihak mulai timbul terutama daripada para pelajar, guru-guru dan pihak Kementerian Pelajaran sendiri.

Ada pihak yang menyokong agar kedua-duanya dimansuhkan, manakala tidak kurang juga pihak yang berusaha mempertahankan kewujudannya. UPSR dan PMR sudah sebati dalam pendidikan di Malaysia, namun disebabkan kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap sistem berasaskan peperiksaan, ramai mula merasakan perlunya ada rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Hari ini, PMR diumumkan akan dimansukan mulai 2016.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format.

Utusan

Pada pandangan saya, ada rasionalnya mengapa PMR dimansuhkan dan UPSR masih dikekalkan. UPSR boleh dilihat sebagai SPM bagi pendidikan di sekolah rendah, manakala PMR yang menjadi peperiksaan wajib bagi pelajar Tingkatan 3 yang menjadi pemisah antara menengah rendah dan atas boleh digantikan sebuah sistem peperiksaan dijalankan sendiri oleh pihak sekolah.

Pasti ada pihak yang mengutarakan, tanpa PMR pasti pelajar akan malas belajar di peringkat menengah rendah. Ini sebenarnya sebuah persoalan yang diutarakan dalam kondisi kita menilai sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

Saya tidak menolak perlunya peperiksaan, cuma tumpuan yang lebih kepada praktikal dan amali perlu ditekankan. Saya sudah melihat, merasai dan melalui sendiri betapa berbezanya teori dan praktikal. Gah di atas kertas, tapi kaku di dunia nyata (bukan semua, tetapi kebanyakan).

Tentang format dan perubahan dalam sistem pendidikan kali ini, kita biarkan kepada pihak yang sepatutnya untuk melaksanakan perubahan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, teruslah memberikan sumbangsaran agar sistem pendidikan sedia ada dapat dipertingkatkan dan menjadi medium terbaik dalam melahirkan modal insan yang terbaik dan cemerlang.

Apa pula komen anda dengan pemansuhan PMR dan pengekalan UPSR?

beliamuda: Apa perasan 58,534 pelajar PMR 2010 yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang ni?

(Dilawati sebanyak 3,506 kali, 1 kali hari ini)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10